Saturday, July 19, 2008

WEBSITE PERS PEND JLN 4/11, BANDAR BARU BANGI

Seperti yang dimaklumkan di dalam Buletin Mawar Idaman terbitan Julai 2008 yang baru diedarkan kepada semua penduduk pada hari Khamis, 17 Julai 2008, pihak Persatuan Penduduk Jalan 4/11 telah melancarkan websitenya di http://ppj11s4t.googlepages.com/. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen mengenai website tersebut, sila postkan komen anda di sini.

MAJLIS RAMAH MESRA & DOA KESYUKURAN

Liputan majlis di atas telah dimuatkan di dalam Buletin Mawar Idaman Julai 2008 dan juga di dalam website kita http://ppj11s4t.googlepages.com/. Rasa nak buat survey juga sebab-sebab ketidakhadiran sebahagian dari kita di majlis tersebut. Kot-kot terlupa ke, atau ada hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan, atau ada urusan kerja, dsb. Jadi ceritakan kepada kami di sini, supaya kami dapat merancang lebih baik lagi di masa akan datang. Kepada yang hadir, komen anda juga dialu-alukan.